Monday, November 21, 2011

KATA HATI



Tatkala aku masih bersengkang mata memikirkannya..
Dia sudah pun nyenyak terlena..
Ya Allah,.
Kau kuatkanlah aku..
Masalah hati yang bertamu..
Terus menerus menghantu..
Tanpa sekelumit rasa jemu..
Tiap masa aku merindu..
Sedangkan tiada yang tahu melainkan-Mu..
Ya Allah..
Hilangkanlah resah di jiwaku..
Andai dia tercipta untukku..
Kau dekatkanlah dia denganku..
Andai dia bukan jodohku..
Jangan kau biarkan aku berteman sendu..
Lenyapkanlah sisa-sisa pilu
Tabahkanlah aku untuk menempuh dugaan-Mu..
Bawalah aku kembali ke jalan-Mu..
Jangan Kau biarkan aku tanpa arah tuju..
Bimbinglah aku mencari redha-Mu..

|Aqiys Shamieda| KA-2-06 , Kolej Kristal, UiTMPP |21/11/2011 at 0100|

Sunday, November 20, 2011

GELORA RINDU

Mengapa aku merindu..?
Di saat dia diam membisu..
Sepi tanpa kata..
Diam tanpa berita..
Bukankah itu yang aku mahu..?
Melihat dia menjauh pergi..
Tanpa bertandang lagi di hati..
Namun..
Dia juga yang aku nanti..
Untuk satu jawapan yang belum pasti..
Indahnya duniawi..
Seandainya dia mengerti..
Sebelum aku yang melangkah pergi..



> Aqiys Shamieda
> 1300
> KA-2-06 Kolej Kristal UiTMPP

Menghitung Hari


Dikala ini..
Aku seolah-olah menghitung hari-hari yang dilalui..
Gelisah rasanya jiwa ini..
Tak keruannya rasa hati..
Memikirkan hari-hari mendatang kelak,
tanpa mereka di sisi..    
Kuatkah aku untuk menempuh dugaan ini?
 Sunyi kerana tiada yang menemani..
Sepi tanpa penghibur hati..
Tatkala itu, hanya aku sendiri..

Nukilan : Aqiys Shamieda
KA-2-06, Kolej Kristal UiTMPP at 1225