Monday, November 21, 2011

KATA HATI



Tatkala aku masih bersengkang mata memikirkannya..
Dia sudah pun nyenyak terlena..
Ya Allah,.
Kau kuatkanlah aku..
Masalah hati yang bertamu..
Terus menerus menghantu..
Tanpa sekelumit rasa jemu..
Tiap masa aku merindu..
Sedangkan tiada yang tahu melainkan-Mu..
Ya Allah..
Hilangkanlah resah di jiwaku..
Andai dia tercipta untukku..
Kau dekatkanlah dia denganku..
Andai dia bukan jodohku..
Jangan kau biarkan aku berteman sendu..
Lenyapkanlah sisa-sisa pilu
Tabahkanlah aku untuk menempuh dugaan-Mu..
Bawalah aku kembali ke jalan-Mu..
Jangan Kau biarkan aku tanpa arah tuju..
Bimbinglah aku mencari redha-Mu..

|Aqiys Shamieda| KA-2-06 , Kolej Kristal, UiTMPP |21/11/2011 at 0100|

Sunday, November 20, 2011

GELORA RINDU

Mengapa aku merindu..?
Di saat dia diam membisu..
Sepi tanpa kata..
Diam tanpa berita..
Bukankah itu yang aku mahu..?
Melihat dia menjauh pergi..
Tanpa bertandang lagi di hati..
Namun..
Dia juga yang aku nanti..
Untuk satu jawapan yang belum pasti..
Indahnya duniawi..
Seandainya dia mengerti..
Sebelum aku yang melangkah pergi..



> Aqiys Shamieda
> 1300
> KA-2-06 Kolej Kristal UiTMPP

Menghitung Hari


Dikala ini..
Aku seolah-olah menghitung hari-hari yang dilalui..
Gelisah rasanya jiwa ini..
Tak keruannya rasa hati..
Memikirkan hari-hari mendatang kelak,
tanpa mereka di sisi..    
Kuatkah aku untuk menempuh dugaan ini?
 Sunyi kerana tiada yang menemani..
Sepi tanpa penghibur hati..
Tatkala itu, hanya aku sendiri..

Nukilan : Aqiys Shamieda
KA-2-06, Kolej Kristal UiTMPP at 1225

Wednesday, October 26, 2011

KELIRU


Aku kini keliru...
Haruskah aku meluahkan rasa hatiku,
Atau sekadar membiarkannya berlalu…?
Aku masih keliru…
Adakah ini waktu yang tepat untukku,
Atau masih ada detik lain yang perlu ku tunggu…?
Aku kian  keliru…
Tatkala membuat dia ragu,
Pabila aku diam membisu,
Saat aku sekadar kaku,
Tidak seperti selalu..
Syukur, kerana dia tetap bersabar dengan karenahku…

Nukilan : Aqiys Shamieda
26/10/2011 at 0129
Kg Mengkuang Layar, Simpang Empat, Perlis

Sunday, September 25, 2011

K.I.T.A

Antara kita,
Telah tersurat satu pertemuan...
Yang menitiskan persahabatan...
Dalam sama-sama meneruskan perjuangan...
Menuju ke destinasi kejayaan...

Perbezaan bidang yang diceburi...
Bukanlah halangan yang perlu disalaherti...
Bukanlah alasan untuk kita membawa haluan sendiri...

Kita masih bisa bersatu hati...
Kita masih bisa teguh berdiri...
Kita masih bisa saling menyayangi...
Kita masih bisa saling mengasihi...
Kita masih bisa saling mengerti...
Tanpa secebis rasa benci...

Andai ada yang rebah di jalanan,
Pasti saling menghulur tangan...
Andai ada yang kesakitan,
Pasti saling menyembuhkan...
Andai ada yang terbeban,
Pasti saling meringankan...
Andai ada yang kesusahan,
Pasti saling menyenangkan...
Andai ada yang kesedihan,
Pasti saling menghiburkan...

Sesungguhnya, kita tidak keseorangan...
Sesungguhnya, kita saling memerlukan...
Sesungguhnya, kita punya pertalian yang sukar untuk diertikan...
Sesungguhnya, kita punya kekuatan yang sukar untuk ditewaskan...

Keakraban kita bukan sekadar persahabatan...
Ukhwah kita bukan sekadar persaudaraan...
Perkenalan kita bukan satu perjanjian...
Petapi semuanya merupakan satu ketentuan...
Yang punya berjuta keistimewaan...
Dalam mengukir kenangan...
Sepanjang kehidupan...

p/s : dedikasi buat NOOR AMIZAH BINTI ABDUL SAMAD, NOOR SAZIRA BINTI MOHD NOOR & NABILA SYUHADA BINTI AZIZAN... kehadiran kalian meyedarkan saya akan erti kehidupan yang sebenar.. . saya sayang korang dan saya tak mahu kehilangan korang!!!

> Nukilan : aQiYs ShAmIeDa <
> 1930 <
> 22 SEPTEMBER 2011 <
> KA-01-06, Kolej Kristal UiTMPP<

Wednesday, September 14, 2011

Kesepian di tengah Ramai


Pergilah duhai duka yang masih tersisa..
Pergilah bersama tiupan buih-buih kecil di senjakala..
Hilanglah dari pandangan mata..
Tatkala buih dipuput bayu entah ke mana..
Ada yang pecah di jalanan..
Ada yang berterbangan..
Ada yang bertebaran di bumi perantauan..
Ada yang seakan-akan mahu mencecah ke awan.
Akanku relakan..
Asalkan kegusaran yang melanda..
Tiada lagi di hati nan lara..
Kerana aku tak mahu lagi berduka..
Pabila yang lain sedang bergembira..

~aqiys mahs. (2011, September 14)~
 

Thursday, June 30, 2011

Cubaan...

Semakin aku dekat dengannya,
Getaran jiwa sudah cukup membuktikan hati ini terpaut padanya…
Tidak dapat dinafikan aku terlanjur mencintainya…
Kalau dahulu,
Hanya aku yang sedar akan kehadirannya…
Namun, kini dia mula menyerlah,
Semua insan ingin dekat dengannya…
Apalah daya hati seorang wanita,
Lahir pula rasa cemburu tanpa dipinta,
Tatkala ada insan lain yang merapatinya…
Ku pendam perasaan itu,
Kerana aku tak sepatutnya mencinta,
Di tengah kesibukan mengejar cita…
- 3 MAC 2011 (1915)
- KA-06-06, KOLEJ KRISTAL, UiTMPP