Wednesday, September 14, 2011

Kesepian di tengah Ramai


Pergilah duhai duka yang masih tersisa..
Pergilah bersama tiupan buih-buih kecil di senjakala..
Hilanglah dari pandangan mata..
Tatkala buih dipuput bayu entah ke mana..
Ada yang pecah di jalanan..
Ada yang berterbangan..
Ada yang bertebaran di bumi perantauan..
Ada yang seakan-akan mahu mencecah ke awan.
Akanku relakan..
Asalkan kegusaran yang melanda..
Tiada lagi di hati nan lara..
Kerana aku tak mahu lagi berduka..
Pabila yang lain sedang bergembira..

~aqiys mahs. (2011, September 14)~
 

No comments: