Semakin aku dekat dengannya,
Getaran jiwa sudah cukup membuktikan hati ini terpaut padanya…
Tidak dapat dinafikan aku terlanjur mencintainya…
Kalau dahulu,
Hanya aku yang sedar akan kehadirannya…
Namun, kini dia mula menyerlah,
Semua insan ingin dekat dengannya…
Apalah daya hati seorang wanita,
Lahir pula rasa cemburu tanpa dipinta,
Tatkala ada insan lain yang merapatinya…
Ku pendam perasaan itu,
Kerana aku tak sepatutnya mencinta,
Di tengah kesibukan mengejar cita…
- 3 MAC 2011 (1915)
- KA-06-06, KOLEJ KRISTAL, UiTMPP
No comments:
Post a Comment